Sigar & Api

Sunday 29 April 2012

Bersihkan Asbak

Secara peribadinya, aku tak ada verdict yang tetap pada gerakan pemansuhan PTPTN. Aku tak tahu diorang nak apa sebenarnya. Ok, aku faham, diorang nak kerajaan talkinkan PTPTN ni di tanah perkuburan demokrasi, tapi, what behind the line? Kalau PTPTN ni mansuh, then what? Segala hutang yang diorang dah telan selama bersemester akan dikira nil ke apa? So, apa jadi dengan akad diorang masa mula-mula masuk U dulu, kira setel? Habis macam mana dengan segala macam perbelanjaan yang PTPTN dah keluarkan pada dorang (yang mana akan dikira sebagai 'takde' bila PTPTN ni mansuh). Makan juta kot, kalau tak biliona, kan?

Peh. Kalau macam itulah perancangan diorang, dah serupa masuk 7E beli coke, then blah je tanpa bayar kot. Mana aci macam tu. Ini bukan demokrasi serasa aku. Ini gampang. 

Gampang sebab kesan pemansuhan tu, banyak tahi dari bunganya. Banyak busuk dari harum. Banyak kurap dari mulus.

Atau sebenarnya tak. Gerakan diorang ni maybe ada banyak bunga, sungguh wangi dan sangat mulus. Cuma... yeah, cuma diorang je tak berapa nak terer mengaji dalam kelas sampai tak reti merancang dengan betul.

Jadi itulah, aku tak akan cakap terang-terang dengan kawan aku dan kata, aku sokong gerakan pemansuhan PTPTN.

Tapi untuk Bersih, aku tak kisah.

Setidaknya jelaslah apabenda yang diorang nak dengan 8 tuntutan tu. Walaupun kehadiran pihak oposisi agak tidak menyenangkan duduk aku. Sebab aku memang jarang senang dengan mana-mana parti di Malaysia ni. Baik oposisi maupun kerajaan. Dua-dua pada aku licik. Talam bermuka-muka. 

But again, bak kata Ali, jangan duk sibuk tengok siapa yang cakap, tapi apa yang dia cakap. Maka aku sokonglah Bersih ni. Lagipun, dari ilmu politik aku yang cuma di paras permukaan ini, perhimpunan sebegini, yang ada tujuan secara jelas (tidak macam gerakan mansuh PTPTN tu), menghantar mesej jelas pada kerajaan bahawasanya ; lu jangan besar kepala sangat, kitorang rakyat kalau dah fed up, boleh je pelangkung kau cium jalan tar berlubang ni. 

Baru gerun sikit kerajaan yang aku tengok dah sombong sangat. Tapi takut juga kalau oposisi yang ada, tengok situasi begini sebagai advantage untuk diorang pula besar kepala, seolah-olah di sebalik mesej yang dilaungkan rakyat, diorang duk bisik diam-diam yang ; lu tengok kitorang punya supporter punya ramai ni bai? Heh. Lu siapkan Yassin dengan al-fatihah der, kitorang dah nak talkinkan lu orang dah ni.

Aku risau juga. Sebab tu aku tak senang duduk tengok kehadiran diorang. Tapi apa ada hal. Marah orang yang digunakan sebagai puppet oleh orang lain, adalah lebih menggerunkan dari singa yang lapar. Jadi kalau oposisi ni besar kepala, tunggu jelah rakyat mengaum dan meratah diorang jadi bangkai. 

Apa-apa pun, bahagia sungguh aku bila #BERSIHsabah rilek selamba walaupun jalan tergendala juga gara-gara perarakan ke Padang Merdeka. Dan bila aku log in Facebook, dan baca status kawan aku, bikin aku makin bahagia.

Katanya ; Ambiga dah berjaya perkudakan Melayu.

Wow. Dengar khutbah jumaat mana ni, kat area Selangor? 

Labels: