Sigar & Api

Sunday, 29 April 2012

Menghukum Bartender

Dakwah itu perlu. Aku memang bukan malaikat, tapi pernyataan itu, akan aku anggukkan kebenarannya. 

Tapi sebagaimana hal-hal yang lain, dakwah perlukan ilmu. Bukan saja pasal apa yang nak didakwahkan, tapi juga tentang cara nak sampaikan.

Bongoklah seorang lelaki yang menjerit di telinga makwenya Aku Sayang Kau sampai bikin telinga makwe sendiri bingit. Mesej mungkin sampai, tapi takkan diterima dengan hati tenang - sebaliknya maki dan mungkin juga tuntutan putus hubungan.

Kenapa? 

Sebab cara penyampaiannya salah. Cakap pelan-pelan tiga perkataan sakral itu cukuplah. Mesej diterima, dan kau pun disayang lebih. Barangkali.

Hatta kalau ikut satah formaliti, setiap mesej yang ingin disampaikan akan ada distorsinya. Tidak kiralah apa pun, tapi biasanya distorsi ini datang dalam bentuk eksternaliti. Contohnya, Ad yang sedang marah benar dengan abangnya Am di dalam Songlap tak didengar amarahnya, sebab tren sedang lalu, yang mana hasilkan bising yang mengatasi suara amarah Ad. Lantas, mesej Ad tak sampai. Kenapa? Sebab bising tren yang lalu jadi distorsi.

Itu lumrah. Kalau ada distorsi/gangguan dari aspek eksternaliti, kita boleh cuba lagi. Dan moga-moga, sang penerima mesej, akan punya empati dan mahu terus mendengar mesej kita, sampai dia faham.

Itu kalau distorsinya datang dari luar/eksternal.

Kalau dari kita/internal, apa jadi?

Sang penerima mesej biasanya akan jadi tidak puas hati. Mesej mungkin betul, tapi kalau emosi galau sudah kuasai kepala, kau rasa apa lagi laku dia selain menolak mentah-mentah? 

Sebab itu aku sebut, cara itu penting, selain apa yang kita nak sampai.

Heck, kekadang, sebab cara yang betul, mesej yang salah pun disangka benar. Tak percaya? Tengok Ayah Pinlah. Betapa sesatnya dia, tapi pengikutnya, tuhan, ramai sungguh! Sebab apa? Sebab cara dia betul. Dia tahu selok belok tentang cara yang betul/perfek nak tackle crowd dia - sang penerima mesej.

Dan kerana cara yang salah jugalah, kebanyakan mesej yang ingin disampaikan oleh orang-orang yang nak berdakwah ni, ditolak mentah-mentah. Malah, gelar untuk diorang makin mencanak, dan setiapnya tidak enak. Holier-than-thoulah, pseudo-nabilah, wakil tuhanlah, serbanistaslah. 

Malang pula bagi aku (atau mungkin beruntung, barangkali) sebab aku ada juga dua tiga ketul kawan begini. Senang-senang menghukum orang - perempuan terutamanya, cuma sebab pemakaian diorang yang tidak kena dengan pemahaman islam diorang. Dan modus operandi diorang terutamanya adalah perli, dan kata belakang.

Kadang aku, yang sudah berubah pun jadi mangsa. Kalau cara diorang betul, aku terima dengan lapang dada. Kalau perli saja tekniknya, aku cuma ketawa dan menolak mentah-mentah. 

Tapi, yang lebih bikin aku sedih, ada kawan aku ni, dulu sama saja saitannya. Dan bila dicumbu hidayah Tuhan, diorang lupa diri, dan anggap diri sakral - berdasarkan sikap holier-than-thou diorang sekarang ini.

Haih.. Entahlah. Betul aku harap, diorang tak jadikan diri diorang sebagai distorsi. Malukan diri saja nanti.  


Labels: