Sigar & Api

Monday 30 April 2012

ALKOHOLsigeret's

Sebatang rokok
dipecat dari kurungan
dicucuh pada bibir
- dinyalakan.

Lalu disedut dalamdalam
dan setiap sedutan
palingkan aku pada ingatan
- yang sudah lama aku kambus.

tentang gadis mata merah
kulit sopak tubuh kering
yang aku jumpa di lorong
tika malam sedang menonton dia
kaku ditengah terabur botol kaca yang pecah
- yang sudah jadi kasur tidurnya.

Aku hembus
asap kelabu nikotin
keluar dari corong bibir
sambil aku biar alir jernih mengalir
tanpa pelipis
sedikit pun disinggahi pasir

gadis mata merah
pakaian camping rambut keriting
rupanya teman lama.

Yang sama penat sama susah
sama banting tulang sama berusaha
katanya mahu jadi pramugari pusing dunia
dan aku mahu jadi pilot yang bawa dia.

Namun dunia aturannya beza
dilempar kami ke kutub kontra
lalu dipadamkan impian aku yang dulu
yang terlalu nyala bakarannya.

Aku fikir dan berdoa
agar tidak seperti aku
impiannya akan berjaya.

Asap nikotin kelabu
bergulung jadi nil
sambil pita ingatanku
tidak habis-habis berpusing.

pada gadis mata merah
yang taburan pecah kaca
jadi kasur tidurnya
yang paling lama.

Labels: