Sigar & Api

Friday, 22 June 2012

Aku ni lapar, bangsat.


"Aku ni lapar, bangsat." 

Omel dia pada status di Facebook, dan juga tweet di Twitter. Seolah-olah, dia sedang di sorga, di mana segala perkara yang diinginkan hanya perlu difikir, lalu muncul di hadapan mata. 

"Aku ni lapar, bangsat." 

Katanya sambil menebas kepala-kepala zombie yang tangkas macam pelesit di permainan video paling overrated masa kini. Seolah-olah, kemenangan dari permainan video itu, akan membuahkan dia dengan buah yang sebenar, juga makanan, juga minuman.

"Aku ni lapar, bangsat."

Keluh dia, sambil menarik keluar lembar koceknya yang cuma ada debu. Dan dompetnya, yang cuma ada kad pengenalan, kad ATM yang intinya cukup-cukup untuk hidupkan akaun, dan juga kad perniagaannya.

"Aku ni lapar, bangsat!"

Jeritnya, sambil melihat perca-perca kad perniagaannya yang luput nilai seminggu lalu, tatkala ekonomi dunia dilanda ribut kemelesetan. Gara-gara kelekaan kerajaan menjaga ekonomi negara.

"Aku ni lapar, bangsat!"

Gelak meroyannya, sambil melempar molotov pada bangunan kerajaan, yang kubahnya bak bawang itu. 

"Aku ni lapar, bangsat."

Senyumnya, tatkala darah yang mengalir laju dari lohong-lohong pada tubuhnya, yang dikekah, dengan peluru-peluru dari pistol pengawal Perdana Menteri, yang baru saja terbakar oleh molotov yang dia baling tadi. 

Labels: