Sigar & Api

Sunday 24 June 2012

Foto bikin bising.


Senapang patah model lama dia usap. Muncungnya dia cium. Selembar kertas dia tinggalkan di atas toto. Kemudian dia dengan lantang panggil teman sebilik merangkap kawan satu bandnya untuk datang. Dia pandang pintu. Berdebar. Muncung senapang patah itu dia pastikan halanya betul. Tidak mahu nanti tersalah sasar, ini harus dilakukan sekali laku. Tidak ada kali dua atau seterusnya. Kegagalan melakukan ini di percubaan kali pertama, bermakna lebih satu jasad akan arwah. Itu tidak patut berlaku. Hanya satu jasad harus mati hari ini. Dia dengar temannya itu menyahut malas. Namun terdengar juga dia semakin merapat. Bibirnya tergaris sebuah senyum. Temannya semakin rapat. Mereka kenal di sekolah. Rapat kerana masing-masing minat Nirvana. Lalu sebagaimana yang lain, mereka bikin band. 5 tahun berjuang mengangkat muzik yang dikata orang makin mati, akhirnya mereka dapat sedikit perhatian. 2 hari lalu, temannya yang perlukan lagi 2 langkah untuk bikin perancangannya ini sempurna, katakan padanya bahwa ada label besar berminat mahu ambil band mereka jadi artis mereka. Dia tentang, temannya itu pula mahu. Mereka berbalah. Bunyi tombol pintu berkarat yang dipulas kejutkan dia dari terkenang sakit lebam gara-gara bergasak dengan temannya itu di studio jamming. Melihat pintu itu terkuak, dia menyeringai. Bam! Kepala bersepai. Serpih-serpih otak merata mengisi dinding, siling juga lantai bilik itu. Dia yang baru saja membuka pintu, terpempan. Lutut lemah. Telinganya bukan saja menangkap bunyi desing peluru yang dimuntahkan, tapi juga frasa terakhir lelaki yang bikin penisnya jadi senjata makan tuan 2 hari lepas, katanya dalam jerit sorai -- 

"FUCK YOU, SELL OUTS!" 


P.s- Foto bikin bising bawa erti, foto yang bagi inspirasi. Walaupun sepatutnya foto tu berdiri sendiri, tapi peh, dia macam bagi aku cerita lah, bhai! 

Labels: