Sigar & Api

Saturday 28 July 2012

Asid Instan.

Bibirnya tergaris senyum. Namun matanya kuyu. Bebola matanya hilang seri. Serta-merta. Dan semua berlaku bukan kerana tidak ada pendorong. Ada, dan ia wujud dalam tubuh seorang perempuan.

"So, awak stay sini ke sekarang?" 

"Yep."

"Berapa lama?"

"Entah."

"O, ok. So, stay mana kat sini," tanyanya lagi, "Hotel?"

"Maybe."

"Hm. Oklah. Bas dah sampai ni," katanya dengan bibirnya tergaris senyum, namun matanya kuyu gara-gara bebola matanya hilang seri, serta merta, dan gara-garanya tidak lain tidak bukan, perempuan di hadapannya ini, "saya gerak dulu k."

"Ok."

Kaki diangkat lesu. Ingin menoleh, malu. Tidak dipandang semula, kalut isi kepala. 

1 2 3 kepalanya mengira, antara malu atau tanggung kalut kepala infiniti lamanya, dia harus memilih, dan di angka 5, tubuhnya sendeng ke kanan beberapa darjah, pandangan matanya ditancap kejap pada wajah perempuan yang sudah bikin dia stoic tidak semena-mena. 

Di dalam bas, malunya tidak hilang, dan kalut kepalanya terus simpang perenang. Tidak disangka, perempuan itu yang dia tinggal gara-gara kebosanan melayan sikapnya yang dia fikir terlalu mengongkong, akan siksa egonya cukup-cukup.

Hanya dengan pandangan matanya itu, yang seakan-akan mengharap namun pasrah. Namun, lebih dari itu sebenarnya dia egonya terima tatkala merenung pandang mata perempuan itu. 3 minit lamanya, dan egonya, amarahnya, jeliknya, bosannya, sirna.

Yang isi lohong-lohong jiwa cuma rasa bersalah.

Dan rasa itu kasi santak sekali rasa malu tatkala perempuan itu jasadnya sudah hilang tatkala dia toleh, tidak cecah seminit pun mereka berpisah arah, dan tentu itu kasi marak sekali kalut kepala.

Celaka, fikir kepala, itu betul 5 minit paling celaka dalam hidup aku.