Sigar & Api

Sunday 24 June 2012

Foto bikin bising.


Senapang patah model lama dia usap. Muncungnya dia cium. Selembar kertas dia tinggalkan di atas toto. Kemudian dia dengan lantang panggil teman sebilik merangkap kawan satu bandnya untuk datang. Dia pandang pintu. Berdebar. Muncung senapang patah itu dia pastikan halanya betul. Tidak mahu nanti tersalah sasar, ini harus dilakukan sekali laku. Tidak ada kali dua atau seterusnya. Kegagalan melakukan ini di percubaan kali pertama, bermakna lebih satu jasad akan arwah. Itu tidak patut berlaku. Hanya satu jasad harus mati hari ini. Dia dengar temannya itu menyahut malas. Namun terdengar juga dia semakin merapat. Bibirnya tergaris sebuah senyum. Temannya semakin rapat. Mereka kenal di sekolah. Rapat kerana masing-masing minat Nirvana. Lalu sebagaimana yang lain, mereka bikin band. 5 tahun berjuang mengangkat muzik yang dikata orang makin mati, akhirnya mereka dapat sedikit perhatian. 2 hari lalu, temannya yang perlukan lagi 2 langkah untuk bikin perancangannya ini sempurna, katakan padanya bahwa ada label besar berminat mahu ambil band mereka jadi artis mereka. Dia tentang, temannya itu pula mahu. Mereka berbalah. Bunyi tombol pintu berkarat yang dipulas kejutkan dia dari terkenang sakit lebam gara-gara bergasak dengan temannya itu di studio jamming. Melihat pintu itu terkuak, dia menyeringai. Bam! Kepala bersepai. Serpih-serpih otak merata mengisi dinding, siling juga lantai bilik itu. Dia yang baru saja membuka pintu, terpempan. Lutut lemah. Telinganya bukan saja menangkap bunyi desing peluru yang dimuntahkan, tapi juga frasa terakhir lelaki yang bikin penisnya jadi senjata makan tuan 2 hari lepas, katanya dalam jerit sorai -- 

"FUCK YOU, SELL OUTS!" 


P.s- Foto bikin bising bawa erti, foto yang bagi inspirasi. Walaupun sepatutnya foto tu berdiri sendiri, tapi peh, dia macam bagi aku cerita lah, bhai! 

Labels:

Friday 22 June 2012

Aku ni lapar, bangsat.


"Aku ni lapar, bangsat." 

Omel dia pada status di Facebook, dan juga tweet di Twitter. Seolah-olah, dia sedang di sorga, di mana segala perkara yang diinginkan hanya perlu difikir, lalu muncul di hadapan mata. 

"Aku ni lapar, bangsat." 

Katanya sambil menebas kepala-kepala zombie yang tangkas macam pelesit di permainan video paling overrated masa kini. Seolah-olah, kemenangan dari permainan video itu, akan membuahkan dia dengan buah yang sebenar, juga makanan, juga minuman.

"Aku ni lapar, bangsat."

Keluh dia, sambil menarik keluar lembar koceknya yang cuma ada debu. Dan dompetnya, yang cuma ada kad pengenalan, kad ATM yang intinya cukup-cukup untuk hidupkan akaun, dan juga kad perniagaannya.

"Aku ni lapar, bangsat!"

Jeritnya, sambil melihat perca-perca kad perniagaannya yang luput nilai seminggu lalu, tatkala ekonomi dunia dilanda ribut kemelesetan. Gara-gara kelekaan kerajaan menjaga ekonomi negara.

"Aku ni lapar, bangsat!"

Gelak meroyannya, sambil melempar molotov pada bangunan kerajaan, yang kubahnya bak bawang itu. 

"Aku ni lapar, bangsat."

Senyumnya, tatkala darah yang mengalir laju dari lohong-lohong pada tubuhnya, yang dikekah, dengan peluru-peluru dari pistol pengawal Perdana Menteri, yang baru saja terbakar oleh molotov yang dia baling tadi. 

Labels:

Thursday 21 June 2012

Crystal ball, yo!

"Tengok," kata babah seraya menggoncang-goncang bola kristal itu, "dia sedang terperangkap dalam dunia paling indah." 

Babah pandang aku, dan senyum. Rona tenang memancar terang, untuk ditransmisikan ke aku. Aku sedar dan tahu itu. Babah tidak mahu aku murung bilamana aku dan dia, terpaksa jalani perintah berkurung yang dikuatkasakan serta merta ke atas keluarga babah. Dan keluarga babah satu-satunya hanya aku. Maka, hanya aku dan babah di dalam rumah agam ini. 

Babah beri aku baca buku. Buku-buku yang selama ini, memang sudah aku curi-curi baca ketika dia diluar, menjalankan tugasnya. Tugas yang baru saja aku tahu, sebulan lalu, tatkala perintah berkurung itu dikenakan ke atas kami. Babah, rupanya aktivis keamanan. Dan, bak kata babah, keamanan yang babah dan rakan-rakannya inginkan ke atas pertiwi ini, jauh bezanya dengan keamanan yang diinginkan pemerintah. Babah mahu keamanan yang beri damai jiwa dan akal pada rakyat, sedang keamanan pemerintah adalah becus jiwa dan akal pada rakyat. Kerana itu, babah dan rakan-rakannya dipenjara di rumah sendiri. 

Amaran, kata babah lagi, pada babah dan rakan-rakan, kalau-kalau berani terus melangkah di jalan yang bertentangan dengan pemerintah, akan ada padah yang lebih buruk menanti.

Jadi, tanya aku, babah nak buat apa?

Babah senyum, diusap-usap kepalaku, seraya berkata, babah nak buat apa-apa yang panjinya adalah kebenaran, sayang. 

Aku senyum kembali, faham, babah akan merodok arus. Dan aku bangga, jadi anak kepada lelaki pemberani. Walau aku tahu, di kemudian nanti, akan ada berita tidak enak menjengah aku, tentang babah. Tidak mengapalah, asal saja babah gembira di jalan yang dia ambil ini.

(15) bulan selepas bual aku dan babah itu, perkara paling aku takuti tiba, babah dipenjara pemerintah. Ketika itu, aku dan babah jauh, terpisah oleh laut gelora, di rumah emak, yang sudah jadi jandanya babah. Aku dihantar paksa oleh babah ke sini, kerana bahang bahaya makin terasa, itu alasan babah memujuk aku. 

"Along," kata aku, "tak suka negara ni, along benci dengan negara ni, dengan pemerintahnya sekali, along benci, jelak sebab negara ni, dengan pemerintahnya sekali dah bikin babah dan along berpisah. Along benci!"

Babah, di tengah rusuhnya menguruskan perpindahanku, terhenti. Dia diam. Diambilnya bola kristal bersalju, yang di tengahnya terisi seekor penguin yang sedang tegak berdiri, digoncang-goncangnya bola kristal itu, dan keping-keping salju pun berselarak memenuhi sferanya bola kristal itu. 

"Along nampak," kata babah, "penguin ni sedang terperangkap di tempat yang paling indah." 

Kemudian babah kucup pipi aku. Ada linang air mata aku rasakan. 

(23) tahun dulu, aku tak faham apa saja yang ingin babah sampaikan, namun hari ini, segalanya sudah tersingkapkan. Jelek mana situasi kita, terperangkap mana pun kita di pertiwi sendiri, pertiwi kita tetap tempat paling indah. 

Andai babah dapat lihat, betapa merdeka sudah rakyat pertiwinya ini, dengan jiwa dan akal mereka jadi damai. Andai babah masih ada, untuk dia jadi saksi, anaknya sendiri berjaya meneruskan legasinya yang terhenti gara-gara pemenggalan kepalanya dulu. Andai babah masih ada. Andai saja.

Labels:

Lagi-lagi detik.

Sigar itu dia hembus hisap hembus hisap dengan kocoh. Mata lilau kiri ke kanan ke kiri ke kanan dengan rakus. Peluh terkecur laju dari setiap lohong pori tubuh. 

Tap.

Bahunya disentuh, jantung berdetak laju, mata buntang, fikiran melayang - ke anak-anak, ke isteri tercinta, ke ruh ibu dan jasad bapa, ke dosa-dosa yang tak terjejakkan, ke pahala yang sepele jumlahnya, ke segala yang sempat terlintas di getarnya fikir.

Dia tahu jasad di belakangnya ini adalah malaikat mautnya. Yang dia sendiri tempah kehadirannya. Lama dulu, tatkala keluarga jatuh di telapak kaki, tatkala ego isi benak kepala, tatkala harta isi maraknya nafsu, tatkala itu, malaikat mautnya ini adalah malaikat pelindung yang datang dengan kepuk wang, dan senyum mesra. Tanpa fikir, dia peluk kejap malaikat pelindungnya itu, letak ia dia bahu dan dengar setiap bait kata paling dia mahu dengar tatkala segala pertaruhan dia jadi pecundang -- "Wang aku ini, kau yang punya."

(5) detik nanti, pasti matinya tidak seenak yang dia idamkan, dan semua kerana wang yang katanya dia yang punya. (5) detik nanti, malaikat pelindungnya akan beri dia sebaris gigi yang sama, cuma dengan makna yang berbeza, tidak lagi pelindung, tapi maut. (5) detik lagi, dan habislah segalanya buat dia. Dan (5) detik itu bermula dari sekarang.

"Ampunkan dosaku, tuhan," bisiknya dengan pejam.

Labels:

Tuesday 19 June 2012

Ek eleh.

Ali lari laju. Lari, dan lari, dan lari lagi. Kakinya lenguh, tapi jiwanya masih ampuh. Maka dia terus lari, dan lari, dan lari terus. Tak berhenti. 

Hingga tiba hari kedua ratus dua puluh dua harinya dia berlari, dan dia berhenti. Bukan kerana lenguh kakinya. Atau jiwanya sudah dirobek putus asa. Bukan. Tetapi kerana sudah tiba dia di destinasi yang dia tuju.

Ada sebuah pintu. Maha agam. Tingginya saja, dari mata Ali, mungkin sudah hampir-hampir cecah Arasy'. Apakan tidak, kepala Ali yang sudah didongak di satah paling tidak selesa pun, tidak dapat bertemu dengan penghujung pintu itu. Terlalu tinggi. Terlalu agam. 

Ali risau. Sudah dia tiba di destinasinya ini. Namun menilai kudrat diri, dan berkuasanya pintu dihadapannya sekarang ini, bikin jiwanya yang enggan juga robek pabila seluruh tubuhnya tidak punya daya lagi ketika dalam perjalanan ke sini, luluh. 

Fikirnya, lenguh lelah tubuhnya selama ratusan hari dia berlari tanpa henti itu, akan dibalas terus pabila tiba di destinasinya nanti. Akan ada segala yang dia mahukan. Hanya perlu ditimang-timang dalam kepala, dan akan tiba juga dihadapannya.

Namun, di hadapannya ada pintu ini. Maha agam. Maha tinggi. Sungguh berkuasa. 

Sedang dia kerdil. Tubuhnya sudah lenguh. Kudratnya sudah lusuh. 

Pasti, bisik hati Ali, takkan mampu dia tewaskan pintu ini.

Maka selepas dua puluh lima minit Ali membiarkan fikirannya berkelana membayangkan kegagalannya menewaskan pintu itu nanti, dia berserah. Anak tangga yang sebanyak lima ratus lima puluh itu, dia langkau dengan sekali langkah.

Di anak tangga pertama. Bertakung pekat darah merah, mengalir lesu dari tubuh seorang lelaki, dan dari anak tangga ke seratus satu, ada garis kasar darah yang hujungnya di kepala tubuh lelaki itu.

-----

Lima puluh enam tahun kemudian, datang seorang lagi manusia, dengan kelaminnya menandakan dia boleh saja dinikahi Ali, menewaskan pintu itu dengan mudah. Tubuhnya juga lenguh. Kudratnya juga lusuh. Namun jiwanya masih agam. Dan pintu itu dengan satu tolakan.

Rupanya pintu itu dibikin dari plywood. Manusia yang kelaminnya menandakan dia boleh saja dinikahi Ali itu, mencebik. 

"Ek eleh, luar je kebabom hebat, nipis je rupanya. Ceh. Buat lapar je, kalau ada ayam panggang dengan teh madras ni sedak juga ni," bisiknya.

Dan kemudian ada ayam panggang dengan teh madras tersedia di hadapannya.

Nyum nyum.




Labels:

Muzik Latar Ketika Ini.


Elok-elok sebelum seorang kawan bikin bilik dorm ini sunyi macam kubur, kitorang duk bincang pasal Malique dan magis yang dia bikin guna lirik-lirik yang dia pungut entah dari mana. Dan kemudiannya, selepas bunyi bom, dan libasan peluru maha bingit dalam permainan video paling overrated masa kini, lagu ini berkumandang sampai pagi. Itu sekalian manusia, adalah memori. And its good, its fucking good.

Labels:

Monday 18 June 2012

Menekap Realiti.

Ini memboringkan. Lebih baik dengar lagu Malique, feat. Black, itu. Dituju khas buat blog ini, dan blog-blog aku lain. Makin mati rasa aku dengan benda ni. Masalahnya, aku takde teman pengganti. Ah, Facebook. Ke ke ke.

Labels:

Saturday 16 June 2012

Sekuntum Gambar, Sejalin Rasa.


Labels:

Wednesday 13 June 2012

Surat Layang.

Pernah aku beriman pada Utusan, Berita Harian, dan Harian Metro. Sebelum biji mata aku ini diberi hidayah, agar terbuka mata hati aku pula, untuk melihat kejelikan tiga entiti itu. Sejak itu, aku murtad terus, dan sehingga sekarang menjadi atheis.

Untuk apa beriman kepada sesuatu yang sudah berpaling tadah dari tujuan sebenarnya. Untuk apa beriman kepada surat khabar yang sudah bertransformasi jadi surat layang. Untuk apa terus menipu diri sendiri sekaligus dibodoh-bodohkan. 

Moleklah kalau murtad saja. Merevolusi jadi atheis. Dan jadi bijak.

Siti Atheis.

Labels:

Tuesday 12 June 2012

Tak Perfek.


Hari itu, matari enggan memancar sinar. Ia bagi peluang pada hujan ; untuk membasahi rengsanya daun, dan keringnya tanah. ; untuk membasahi rimbunnya pohon dan melatanya rumput. Hari itu, matari enggan memancar sinar. Langit lalu jadi putih. Seputih kabus yang melitupi seluruh tubuhnya bumi, yang mungkin sudah lelah dijamahi, jikalau matari sedang tegak berdiri. Hari itu, matari enggan memancar sinar, dan demi tuhan, aku pasti keajaiban sedang ditebarkan, lewat tiap titis hujan, partikel kabus, dan jiwa manusia seluruhnya.

Labels:

Sunday 10 June 2012

Cliche.

Kita saling tahu kita siapa. Kita saling kenal diri kita. 

Tapi aku, mungkin tak cukup tahu dan kenal kau. Tapi kau, mungkin tak cukup tahu dan kenal aku. Dan tentu bila aku dan kau itu, jadi kita ; kita saling tahu siapa kita, kita saling kenal diri kita. Kerna, kita umpama serpih-serpih puzzle. Masih keliru dan mencari siapa/apa yang akan melengkapkan ketidaksempurnaan kita sebagai seorang manusia. Maka, tatkala kita berdua ketemu satu sama lain, kita tak lagi jadi serpih yang terpisah, sebaliknya satu masterpiece yang tercantum.

Indah.

Dan, demi tuhan, perasaan ini bawa aku terbang ke kaki surga.

Labels:

Saturday 9 June 2012

Cita-cita Saya.

Banyak cita-cita yang saya sudah saya projeksikan dalam kepala. Banyak. Tapi selepas mengobservasikan cara hidup saya, saya rasa semuanya akan barai begitu sahaja pada suatu titik yang saya tak tahu bila, tapi akan tiba juga. 

Hm.

Maka, selepas berkira-kira dan menimbangkan segala hal, cita-cita saya dalam jangka masa pendek ini, adalah untuk jadi sihat. Cita-cita jangka masa pendek ini, saya yakin akan mempengaruhi segala cita-cita saya dalam jangka masa panjang dalam bentuk yang positif plus plus plus. Maka, saya mahu jadi sihat.

Doakan saya, semua. 

Mat Obese.

FBF. (Im A Man Who Bitching Right Here, Bitch!)

Semasa sekolah dulu, seorang kawan pernah sabdakan pandangannya berkenaan kekasih. Katanya, "kita kena bijak gunakan apa yang dia bagus untuk diri kita sendiri." Pandangannya itu, yang mengundang keliru pada kawan-kawan lain, dikukuhkan lagi dengan contoh, "kalau dia terer Math, kita mintaklah dia ajar kita Math, sampai kita pandai Math. Apa guna ada makwe terer Math, kalau kita tak ambik kesempatan atas ketereran dia tu, kan?" 

Pandangan disertakan contoh dari dia itu, cuma undang sepi dari kalangan kawan-kawan. Aku pasti dalam hati mereka, ada yang iyakan, dan ada yang setuju. Tapi, disebabkan mahu elakkan konflik, maka diam adalah jalan paling mendamaikan. Walaupun, aku akui, diam selalunya juga adalah jalan ke arah pembebalan. Well, tengoklah kerajaan punya modus operandi. Kita akan faham. 

Aku pulak, sebagai seorang manusia, yang barangkali, introvert, memandang pandangan tersebut sebagai sesuatu yang susah untuk diaplikasikan. Bukan dalam konteks kekasih, tapi kawan.

Friends For Benefit.

Kedengaran manis. Tapi, pada aku, kalau berkawan semata atas benefit yang kita nak dari orang tersebut, its suck. Macam mana kalau benefit tu tak mampu lagi disediakan oleh orang tersebut? Dia dibuang dalam tong sampah, dalam longkang, dan diludahi lalu bye-bye sucka!? 

Peh. 

Itu tahi namanya. Bayangkan kalau kita jadi orang tersebut. Manusia stranger mana-mana datang ke kita, hulur salam, kita paut dan kemudian dia ingin kita jadi kawan. Kita terima dengan bersahaja. Berkawan saja kot, apa salahnya, kan? Kemudian, suatu tempoh yang tidak berapa lama durasinya berlalu, kita bikin tahi, dan entah dari mana, manusia stranger yang sudah jadi kawan kita itu, jadi judgmental bitch yang kita tak sangka dia akan jadi. Kita harap dia akan tanya kenapa, but no, manusia stranger itu terus hukum. Dan bam! Segala macam hal yang selama ini kita lakukan bersama manusia stranger itu jadi tidak apa-apa pada dia. Kita kemudian dibuang. Dia lalu kita lihat bersama orang lain, lakukan hal yang kita dan manusia stranger itu sudah lakukan. 

Memori berputar, dan kita sedar, kita baru saja jadi mesin yang diguna-gunakan oleh manusia stranger itu. Kita kenang kembali mengapa dia datang menghulur salam pada mulanya. Semuanya kerana dia mahukan sesuatu dari kita. Lalu bila kita sudah sekadar jadi hampas, dan dia sudah bosan, dia cari suatu titik kesalahan, dan kita dihujan mortar. 

Kita pun mati - setidaknya pada dia.

Kita pun kembali seperti semula. Sakit.


Labels:

Wednesday 6 June 2012

Dibunuh Diri.

"Demi tuhan," katanya sambil mata menjeling-jeling sekujur tubuh yang terbaring telanjang, "dia mati kerana tertelan penyesalan yang tak sudah."

Labels:

Tuesday 5 June 2012

Scattergun.


"Aku," katanya dengan senyum senget, "nak berjimba di tengah padang, dengan hujan merembes tubuh, dengan rumput menyentuh kulit, dengan ingatan berpusing sekitar yang enak-enak," katanya lagi dengan nada paling pasrah, "sahaja."

Aku senyum, dan aminkan kata-katanya yang aku maktubkan sebagai doa. 5 detik kemudian, kepalanya sepai bertemu peluru scattergun.

"Moga di sorga kau dapat apa yang kau inginkan, kawan."

Monday 4 June 2012

Gelakkan Mati.


"Kekalahan ini," sebutnya dengan penuh getar, "sudah menghidupkan aku, di balik," sambungnya sambil menyengih melihat darahnya di seluruh tubuh, "kematian aku yang tampaknya sedang menjemput."

"Tapi, sebaliknya bagi kau kawan. Kau akan mati di balik hidup yang kau jalani. Tidurmu tidak akan lena. Jagamu tidak akan ada tenangnya. Senyummu penuh duka. Tangismu penuh durjana. Dan aku?" katanya lagi, sebelum 5 detik kemudian dia disenyapkan dengan hujung senapang patahku, "aku akan hidup terus. Kerna matiku, adalah titik mula hidupku. Sedang kau, hahahahaha!"

Labels:

Sunday 3 June 2012

Mati.

"Kalau kau nak mati nanti, jangan lupa bawak aku sekali," asap sigar dihembusnya dengan penuh ego, jemari yang mengepit sigar yang baru dipecat dari bibir, dia halakan ke aku, "sebab aku nak tengok macam mana kau mati."

Labels:

Saturday 2 June 2012

Yang Bodoh Dibudayakan.









Dan, seperti biasa, kita simpan terakhir untuk yang terbaik punya. Dan yang terbaik, datangnya dari Malaysia sajalah. Malaysia boleh, kan? 

Jeng!

Jeng!

Jeng!



(klik bagi jelas)

Ini belum pun konfem lagi untuk dikuatkuasakan. Pihak yang jadikan hal ini viral, dan alhamdulillah untuk itu, nampaknya sudah terburu-buru (atau dia sengaja, ish ish ish) dengan maktubkan bahwa akta ini akan berkuatkuasa semalam. Tapi macam aku dah sebutkan tadi, alhamdulillah benda ni diviralkan segera. Bukan apa, ni tanda paranoid ni. Ish ish ish. Dan kita kenalah tahu. Punyalah tidak rasional akta ni. Gila bebeng punya tak rasional. Dan sekali lagi, ini semua tandanya ........ (isikan tempat kosong) Ish ish ish.

-----

P.s- Foto-foto diambil dari 9Gag, dan status Facebook kawan aku, Ranting Psikedelik. Tajuk dicuplik dari lirik sebuah kugiran yang selalu diputar lagunya di Radio Bangsar Utama, tapi aku tak tahu nama mereka. RBM ni fail bab-bab update tajuk lagu dengan nama kugiran yang tengah main. Nasib baik oh shem. Huh.

Labels:

Friday 1 June 2012

Poyo.

Mohon.

Alun jiwa ini
yang tercanting
dengan
lima bait kata
gambaran rasa hati kami
(dan hanya kami)
'kan
 dibiar mengalir terus
tak putus-putus.

Mohon.


Labels: ,