Sigar & Api

Thursday 2 August 2012

Takziah Jiwa.

Yo, katanya nyaring.

Yo, assalamualaikum bro, balasnya tenang. Salamnya diucap dengan gaya Malique bila bergaya bebas.

Suara hujung talian ketawa mengekek seraya menjawab salam. Dia bayang sang pemilik suara sedang tertunduk menahan perut yang bergelombang dek ketawa gara-gara dia duluan memberi salam. Tersentak kerana harusnya dia dulu yang beri, alih-alih jadi penerima pula. Sebuah komedi klise antara manusia Muslim seperti mereka. Dia senyum. Sudah terbiasa.

Buat apa tu, tanya suara di hujung talian bila ketawa makin perlahan.

Layan bola, jawabnya selamba sambil silang kaki.

Bola, kata suara di hujung talian, nada suaranya terkandung tanya, hairan barangkali, bola apa tengah hari gini?

Bola sepaklah dol, jawabnya menyeringai.

Ah, blahlah lu, bola mendenya. Ni aku tengah check satu-satu channel Astro ni, takde bola pun, suara hujung talian membebel bertali arus, tak sempat dia mencelah maka dia dengar saja hingga habis frasanya yang itu, penipu.

Ya, yang itu.

Adalah, serius. Ni aku tengah tengok team setan kau kena belasah dengan Barca ni, katanya lagi melayan kalut tidak percaya suara di hujung talian. 

Babi, kata suara di hujung talian, sekaligus keluar dengus. Marah barangkali, teka hatinya.

Bibir tergaris senyum.

Ye serius, katanya lagi, ni dorang tengah main final UEFA Cup aa ni. Gila kena lauk team setan kau, katanya mengapi-apikan.

Ah, ko memang sengaja nak bakar aku kan. Blah lah lu, ucap suara di hujung talian. Redha barangkali dibakar sedemikian rupa.

Ye lah wei, aku tengok bola ni. Adik aku main team setan kau layan Barca kat PES, katanya, lalu ketawa mengekek.

Suara hujung talian diam sebelum ketawanya terhambur sekali. Lama suara ketawa mereka mengisi gegendang telinga masing-masing. Sebelum akhirnya senyap perlahan-lahan.

Dia senyum. 

Lama dah weh tak gelak macam ni, katanya, thanks.

Suara hujung talian senyap, kemudian berkata, takde hal lah.

So, esok jumpa aa, kata suara di hujung talian.

Yep, jawabnya.

Dah lama dah kan, kata suara di hujung talian. 

Lama katanya. 

Tiga, kata suara di hujung talian, tiga tahun.

Yang didengar dari suara di hujung talian hanya dengus. 

Ali Lompong buat apa sekarang aa, tanya suara di hujung talian.

Dia kerja jual ayam kat pasar. Dua dah cawangan dia, jawabnya pantas.

Hashim Bakar?

Dia lagilah, dah jadi owner hotel dah sekarang. Tapi kapuk punya aa 3 bintang je.

Siti Rimau?

Dah jadi bini si Rahmat Kekura aa dol. Itulah, kembara lagi jauh-jauh lepas tu kasi lost segala connection, kan dah tak tau member sendiri menikah.

Suara hujung talian sunyi.

Dia turut sunyi.

Lepas arwah blah, aku lost gila, ikutkan kepala otak nak je aku ikut dia sekali. Blah. Tapi kenangkan punyalah susah dia lentur kita dari zaman kita sampah dulu, aku kasi kuat aa jiwa. Lepas tu aku terfikir nak teruskan mimpi arwah, kembara satu dunia. So, aku lantak aa. 

Sorry, beb.

Takpe. Betul gak kau cakap tu. Patut aku stay connected dengan korang. Tapi dah rabak sangat. Nak buat macam mana. 

Sunyi lagi.

Tapi bagus aa kau contact kitorang dah. Nasib baik aku simpan lagi nombor lama aku ni. Gelak iringi kata-katanya itu.

Yep. Nasib baik. 

Dia dengar suara di hujung talian sengih. Lemah tapinya.

Oklah beb, aku nak kena keluar beli lauk buka ni. Esok jumpa kat kafe tempat cikgu selalu bawak kita aa. Ok?

Suara hujung talian angguk barangkali, kerana perbualan dimatikan tanpa jawapan.

Dia pula, tergesa-gesa ke kereta. Enjin lantas dihidupkan. Lalu dibawa lari. Tepat di bawah sepohon pokok rendang sebelah padang permainan dia berhenti. Kepala disanggul pada stering. Pipi basah. Jiwa rindu tak semena-mena.

Celaka, kata bibirnya lemah.