Sigar & Api

Monday 30 April 2012

ALKOHOLsigeret's

Sebatang rokok
dipecat dari kurungan
dicucuh pada bibir
- dinyalakan.

Lalu disedut dalamdalam
dan setiap sedutan
palingkan aku pada ingatan
- yang sudah lama aku kambus.

tentang gadis mata merah
kulit sopak tubuh kering
yang aku jumpa di lorong
tika malam sedang menonton dia
kaku ditengah terabur botol kaca yang pecah
- yang sudah jadi kasur tidurnya.

Aku hembus
asap kelabu nikotin
keluar dari corong bibir
sambil aku biar alir jernih mengalir
tanpa pelipis
sedikit pun disinggahi pasir

gadis mata merah
pakaian camping rambut keriting
rupanya teman lama.

Yang sama penat sama susah
sama banting tulang sama berusaha
katanya mahu jadi pramugari pusing dunia
dan aku mahu jadi pilot yang bawa dia.

Namun dunia aturannya beza
dilempar kami ke kutub kontra
lalu dipadamkan impian aku yang dulu
yang terlalu nyala bakarannya.

Aku fikir dan berdoa
agar tidak seperti aku
impiannya akan berjaya.

Asap nikotin kelabu
bergulung jadi nil
sambil pita ingatanku
tidak habis-habis berpusing.

pada gadis mata merah
yang taburan pecah kaca
jadi kasur tidurnya
yang paling lama.

Labels:

Sunday 29 April 2012

Menghukum Bartender

Dakwah itu perlu. Aku memang bukan malaikat, tapi pernyataan itu, akan aku anggukkan kebenarannya. 

Tapi sebagaimana hal-hal yang lain, dakwah perlukan ilmu. Bukan saja pasal apa yang nak didakwahkan, tapi juga tentang cara nak sampaikan.

Bongoklah seorang lelaki yang menjerit di telinga makwenya Aku Sayang Kau sampai bikin telinga makwe sendiri bingit. Mesej mungkin sampai, tapi takkan diterima dengan hati tenang - sebaliknya maki dan mungkin juga tuntutan putus hubungan.

Kenapa? 

Sebab cara penyampaiannya salah. Cakap pelan-pelan tiga perkataan sakral itu cukuplah. Mesej diterima, dan kau pun disayang lebih. Barangkali.

Hatta kalau ikut satah formaliti, setiap mesej yang ingin disampaikan akan ada distorsinya. Tidak kiralah apa pun, tapi biasanya distorsi ini datang dalam bentuk eksternaliti. Contohnya, Ad yang sedang marah benar dengan abangnya Am di dalam Songlap tak didengar amarahnya, sebab tren sedang lalu, yang mana hasilkan bising yang mengatasi suara amarah Ad. Lantas, mesej Ad tak sampai. Kenapa? Sebab bising tren yang lalu jadi distorsi.

Itu lumrah. Kalau ada distorsi/gangguan dari aspek eksternaliti, kita boleh cuba lagi. Dan moga-moga, sang penerima mesej, akan punya empati dan mahu terus mendengar mesej kita, sampai dia faham.

Itu kalau distorsinya datang dari luar/eksternal.

Kalau dari kita/internal, apa jadi?

Sang penerima mesej biasanya akan jadi tidak puas hati. Mesej mungkin betul, tapi kalau emosi galau sudah kuasai kepala, kau rasa apa lagi laku dia selain menolak mentah-mentah? 

Sebab itu aku sebut, cara itu penting, selain apa yang kita nak sampai.

Heck, kekadang, sebab cara yang betul, mesej yang salah pun disangka benar. Tak percaya? Tengok Ayah Pinlah. Betapa sesatnya dia, tapi pengikutnya, tuhan, ramai sungguh! Sebab apa? Sebab cara dia betul. Dia tahu selok belok tentang cara yang betul/perfek nak tackle crowd dia - sang penerima mesej.

Dan kerana cara yang salah jugalah, kebanyakan mesej yang ingin disampaikan oleh orang-orang yang nak berdakwah ni, ditolak mentah-mentah. Malah, gelar untuk diorang makin mencanak, dan setiapnya tidak enak. Holier-than-thoulah, pseudo-nabilah, wakil tuhanlah, serbanistaslah. 

Malang pula bagi aku (atau mungkin beruntung, barangkali) sebab aku ada juga dua tiga ketul kawan begini. Senang-senang menghukum orang - perempuan terutamanya, cuma sebab pemakaian diorang yang tidak kena dengan pemahaman islam diorang. Dan modus operandi diorang terutamanya adalah perli, dan kata belakang.

Kadang aku, yang sudah berubah pun jadi mangsa. Kalau cara diorang betul, aku terima dengan lapang dada. Kalau perli saja tekniknya, aku cuma ketawa dan menolak mentah-mentah. 

Tapi, yang lebih bikin aku sedih, ada kawan aku ni, dulu sama saja saitannya. Dan bila dicumbu hidayah Tuhan, diorang lupa diri, dan anggap diri sakral - berdasarkan sikap holier-than-thou diorang sekarang ini.

Haih.. Entahlah. Betul aku harap, diorang tak jadikan diri diorang sebagai distorsi. Malukan diri saja nanti.  


Labels:

Bersihkan Asbak

Secara peribadinya, aku tak ada verdict yang tetap pada gerakan pemansuhan PTPTN. Aku tak tahu diorang nak apa sebenarnya. Ok, aku faham, diorang nak kerajaan talkinkan PTPTN ni di tanah perkuburan demokrasi, tapi, what behind the line? Kalau PTPTN ni mansuh, then what? Segala hutang yang diorang dah telan selama bersemester akan dikira nil ke apa? So, apa jadi dengan akad diorang masa mula-mula masuk U dulu, kira setel? Habis macam mana dengan segala macam perbelanjaan yang PTPTN dah keluarkan pada dorang (yang mana akan dikira sebagai 'takde' bila PTPTN ni mansuh). Makan juta kot, kalau tak biliona, kan?

Peh. Kalau macam itulah perancangan diorang, dah serupa masuk 7E beli coke, then blah je tanpa bayar kot. Mana aci macam tu. Ini bukan demokrasi serasa aku. Ini gampang. 

Gampang sebab kesan pemansuhan tu, banyak tahi dari bunganya. Banyak busuk dari harum. Banyak kurap dari mulus.

Atau sebenarnya tak. Gerakan diorang ni maybe ada banyak bunga, sungguh wangi dan sangat mulus. Cuma... yeah, cuma diorang je tak berapa nak terer mengaji dalam kelas sampai tak reti merancang dengan betul.

Jadi itulah, aku tak akan cakap terang-terang dengan kawan aku dan kata, aku sokong gerakan pemansuhan PTPTN.

Tapi untuk Bersih, aku tak kisah.

Setidaknya jelaslah apabenda yang diorang nak dengan 8 tuntutan tu. Walaupun kehadiran pihak oposisi agak tidak menyenangkan duduk aku. Sebab aku memang jarang senang dengan mana-mana parti di Malaysia ni. Baik oposisi maupun kerajaan. Dua-dua pada aku licik. Talam bermuka-muka. 

But again, bak kata Ali, jangan duk sibuk tengok siapa yang cakap, tapi apa yang dia cakap. Maka aku sokonglah Bersih ni. Lagipun, dari ilmu politik aku yang cuma di paras permukaan ini, perhimpunan sebegini, yang ada tujuan secara jelas (tidak macam gerakan mansuh PTPTN tu), menghantar mesej jelas pada kerajaan bahawasanya ; lu jangan besar kepala sangat, kitorang rakyat kalau dah fed up, boleh je pelangkung kau cium jalan tar berlubang ni. 

Baru gerun sikit kerajaan yang aku tengok dah sombong sangat. Tapi takut juga kalau oposisi yang ada, tengok situasi begini sebagai advantage untuk diorang pula besar kepala, seolah-olah di sebalik mesej yang dilaungkan rakyat, diorang duk bisik diam-diam yang ; lu tengok kitorang punya supporter punya ramai ni bai? Heh. Lu siapkan Yassin dengan al-fatihah der, kitorang dah nak talkinkan lu orang dah ni.

Aku risau juga. Sebab tu aku tak senang duduk tengok kehadiran diorang. Tapi apa ada hal. Marah orang yang digunakan sebagai puppet oleh orang lain, adalah lebih menggerunkan dari singa yang lapar. Jadi kalau oposisi ni besar kepala, tunggu jelah rakyat mengaum dan meratah diorang jadi bangkai. 

Apa-apa pun, bahagia sungguh aku bila #BERSIHsabah rilek selamba walaupun jalan tergendala juga gara-gara perarakan ke Padang Merdeka. Dan bila aku log in Facebook, dan baca status kawan aku, bikin aku makin bahagia.

Katanya ; Ambiga dah berjaya perkudakan Melayu.

Wow. Dengar khutbah jumaat mana ni, kat area Selangor? 

Labels:

Friday 27 April 2012

Mengebom Puntung

Seorang kawan, yang memang secara jelas-jelasnya sejak dari mula perkenalan kitorang sangatlah tidak memegang satah pandangan yang sama dengan aku, telah mengeluarkan sabdanya lagi petang tadi - betul-betul selepas berJumaat, dan di tengah aku meratah kari ayam.

Dia sudah berhenti main Angry Birds, sejak dia dapat tahu permainan tu dibikin untuk mengejek pengebom berani mati. 

Aku terpempan. Rupanya permainan menatang bom-bom babi yang aku tengah minat betul sekarang ni juga sudah dicari ketidakrelevenannya. Wah, daebak sungguh orang tu. 

Burung yang kaler biru tu, katanya, kalau dislowmokan bunyinya akan jadi SYUKUR ALHAMDULILLAH. Lepas dapat tahu tu aku dah tak main game tu dah, katanya lagi.

Laa.. aku ingatkan dia sedar Counter Strike tu pun pesen mengejek pengebom berani mati jugek tu. Jelas lagi. Dengan location dia. Dengan watak dia. Oh, kamon boy, try harder kalau nak tak suka sesuatu benda tu. Jangan  pilih kasih oke. 

Lagipun khen, kalau betullah burung kaler biru tu ucap syukur bila mampus melanggar batu, kayu, ais semata nak bagi meninggal babi gelak sinis tu, bukan itu satu bentuk penghargaan ke? Kalau filem ni, ini dah dimaktubkan di bawah panji Homaj ni - kata lain bagi respek. 

Iyo lah, yang dibagi meninggalkan tu babi, menatang haram dalam Islam, kalau kau bunuh babi tu, secara metaforanya kau bunuh orang jahatlah kan, dan beburung tu semua jadilah metafora pengebom berani mati.

Well, kalau kau degil jugeklah nak pakai kaca mata ; Angry Birds ni ejek pengebom berani mati.

Aku?

Aku tak pakai kaca mata, bening atau hitam - aku tak rabun dan aku suka tatap matari. Jadi aku main je Angry Birds tu. Lagipun senonok sangat dapat kasi hancur binaan arsitektural dalam tu. Mencabar weh. Siapa pernah main tau lah apa kaitan binaan tu dengan level kepayahan nak bagi meninggal babi sinis celaka tu. 

Eh, dah pi ngaji sana. 


Labels:

Menogak Sigerets.

Tak mudah barangkali, untuk seorang manusia jadi apa yang dia mahu. Yang dia suka. Yang dia impikan. Lagi-lagi kalau realiti adalah musuhnya yang paling jahannam. Maka satu-satunya jalan keluar yang terang, walaupun menyedihkan, adalah menciptakan realiti yang lain. Realiti yang dia punya suka nak edit bagaimana. Ikut rasa. Tanpa terikat dengan apa atau siapa pun. Sebab ini realiti dia yang pegang. Realiti dia yang dialah nabi dan tuhan. Yang memang, padahal adalah satu fantasi semata.

Aku memang bukan The Chosen One, tapi aku tahu, inilah dunia Matrix aku. Dunia yang aku tahu tidak benar, tapi sudah maktubkan redhanya dan ikhlaskan penipuannya.

Labels: